Tuesday, December 3, 2013

Cerpen Futuristik : Tangisan Sue Anas John

   


         Aku Sue Anas John.Anak bumi tanah Jauhar yang memiliki dua bangsa dan keturunan.Aku merupakan anak tunggal dan berdarah kacukan Cina dan Inggeris.Ibuku berasal dari keturunan nyonya malah papaku berasal dari keturunan belanda.Walaupun ibu dan papaku berlainan bangsa dan adat namun,kami bertiga hidup seperti keluarga mithali.Persoalan mengapa orang menggelarku dengan nama 'Sue Anas John' sudah acap kali aku dengari.Hal ini kerana teman-temanku menggelarkanku dengan gelaran tersebut kerana rupa parasku yang seperti mat saleh dan berhidung kemek.Kulitku yang putih kemerah-merahan sudah terbukti menunjukkan aku adalah berketurunan belanda.Pada masa yang sama,aku dilahirkan di Hospital Sulatanah Aminah di negeri Johor.Aku di beri nama yang agak gah iaitu Muhammad Anas Bin Johan Hunwick Eismail.

    Setelah menunggu dua bulan,harinya pun telah tiba.Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar tingkatan tiga di seluruh negeri.Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama ibu dan papaku,aku berdoa dan meminta restu mereka untuk pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) .Terang-terang tanah lagi.aku serta rakan-rakanku yang lain sudah berada di beranda rumahku.Kami tidak sabar dan berkobar-kobar untuk mengambil keputusan itu.Papa mempelawaku untuk menghantar ke sekolah tetapi aku kasihankan dia kerana dia penat bekerja dan baru sahaja pulang ke rumah.Kami berjalan menuju ke pondok perhentian bas.Selang bebrapa minit,kenderaan yang bersaiz kontena dan tertulisnya 'Bas Costal' sudah terlihat.Kami menaiki bas tersebut untuk pergi ke sekolah. 10 minit kemudian,papan tanda yang tersergam luas dengan tulisan 'Sekolah Menenengah Kebangsaan Bandar Baru Uda' kian terserlah.Lantas aku menekan loceng berhenti.Jarum jam kini berada di angka 10.Oleh itu,aku dan rakanku yang lain sudah terpacak di hadapan sekolah kami.Kelihatan ramai pelajar ingkatan tiga serta ibu bapa mereka berpusu-pusu memasuki kawasan sekolah SMK Bandar Baru Uda kian dibanjiri dengan lautan manusia.

    "Attention o all students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda,you are encourage to stay at the school's hall" kedengaran suara guru peperiksaan yang lantang , Cikgu Rahimah dari speaker sekolah.Malahan,saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Kedengaran hentakan tapak kasut 'High 'heels' 3 inci yang kebiasaanya dipakai oleh Cikgu Rahimah."Baiklah para pelajar,keputusan peperiksaan PBSMR kini berada di hadapan saya.Saya akan memberikan slip ini mengikut kronologi gred yang terbaik" ujar Cikgu Rahimah.Aku bersama rakan-rakanku duduk bersila mengikut kedudukan kelas.Tambahan pula,lidah kami tidak pernah berhenti berdoa untuk memperoleh keputusan yang membanggakan.Dahiku dipenuhi dengan cecair yang mengandungi urea akibat jantungku berdegup dengan kencang seperti tembakan peluru "machine gun".Aku mengesat peluhku dengan tangan yang menggigil-gigil seperti beradA di kutub utara.Aku seperti terawang-awang sejenak.Bagaimanakah jika aku mendapat keputusan yang ibarat abu di atas tunggul?Jika hal yang sedemikian berlaku aku umpama menghempaskan kaca di hadapan ibu dan papaku. "Anas ! Anas ! Hoi Anas nama kau dah dipanggil tu!", kata Hadi . "Aduh!" aku mengaduh kesakitan setelah tulang belikatku ditepuk kuat bagai sebatan guru disiplin.Aku tersedar dari lamunan yang negatif itu.Aku berasa hairan dan janggal kerana semua orang melihatnya dengan senyuman dan laungan tahniah serta mengharapkan balasan huluran salam.Aku terpinga-pinga ketika itu tiba-tiba, "Saya ulangi,pelajar yang mendapat 8 A + dalam peperiksaan PBSMR tahun 2014 ialah Muhammad Annas Bin Johan Eismail" ,lemparan kata-kata Cikgu Rahimah yang telah menggegarkan dewan rasmi SMK Bandar Baru Uda tetapi ianya tidak dapat menandingi gegaran hatiku yang kini seperti kekurangan darah.Alhamdulillah,setelah berusaha berbulan-bulan dan akhirnya ,amanah dari ibu dan papa yang terpikul di bahu untuk mendapat 'Straight A' kini sudah menjadi kenyataan.Aku lantas bangun dan menuju ke kaunter penyerahan slip keputusan deengan penuh kesyukuran.Dalam konteks yang sama,perasaanku kini tidak dapat dijelaskan.Aku laksana seorang bisu yang dapat bercakap dan seorang buta yang mampu melihat.

      Alhamdulillah,walaupun rakan-rakanku yang lain memperoleh 7 A 1 B dalam keputusan PBSMR mereka,namun mereka tetap bersyukur.Dalam kegembiraan,aku teringat akan ibu dan papaku lalu aku meminjam telefon bimbit Cikgu Maryatul Maznun,iaitu guru kelasku untuk menghubungi ibuku. "Assalammualaikum, hello ibu ? Ibu Anas dapat 8 A !", ucapanku setelah talian telah disambungkan.Kata-kataku dibalas dengan kalimah kesyukuran daripada ibu.Ibu pun turut berasa bangga lantas memaklumkan kepada papa yang ketika itu mereka dalam perjalanan ke sekolahku.Oleh yang demikian,air mata keriangan telah menitis setelah ibuku mengucapkan tahniah dan ciuman kasih sayang dari talian. Dalam asyik berbual-bual,tiba-tiba, aku terdengar bunyi brek yang amat nyaring dan teriakan ibuku .Aku terdengar dentuman yang sangat kuat umpama bunyi sambaran halilintar.Jantungku kini semakin berdegup kencang.Bunyi tersebut seperti bunyi objek yang besar berlanggaran.Aku terdengar seperti  kaca yang pecah seperti aku memecahkan pasu ibuku.Air  mata keriangan yang menitis perlahan tadi kini berlinangan deras.Aku terpaku dengan suara ibuku yang meminta tolong.Aku cuba mengambil respon dari ibuku.Tiba-tiba,kedengaran suara riuhan orang ramai dan bunyi siren ambulan yang jaraknya dari jauh kini semakin dekat.Subhannallah,apa yang telah terjadi kepada ibu dan papa? Talian kami terputus.Aku sempat mendengar kalimah Syahadah dilafazkan dengan nada yang tersekat. "Ibu,papa,Anas dapat 8 A. Ibu ,papa ,jangan tinggalkan Anas.Ibu !! " . Air mataku berlinangan deras membasahi pipi.Perasaan gembiraku sudah tidak bermakna lagi .Aku secara tiba-tiba menjadi seorang yang hilang akal sehingga ...


  Kepalaku terasa pening seperti terhantuk oleh objek keras.Aku sedari aku sudah terlantar di hospital.Kelihatan Cikgu Maryatul Maznun,rakan-rakanku dan Mak Ngah Susan di sisi katilku.Rupa-rupanya aku pengsan di sudut dewan sekolah.Kepalaku yang pening telah menyebabkan ingatanku terbatas seketika.Mak Ngah memaklumkan kepadaku bahawa ibu dan papa telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan nada yang sayup-sayup.Aku diberi kata-kata semangat oleh rakan-rakanku.Air mataku kini mengalir deras .Suasana di Wad Bunga Raya telah dipenuhi dengan tangisanku.Waja ibu dan papaku bermain di mataku."Ibu , papa , mengapa klian pergi ketika aku memerlukanmu ? Mengapa kalian pergi ketika aku telah berjaya menunaikan amanahmu? Ibu , papa , kalian berdua adalah jantung hatiku.Aku tidak dapat hidup tanpa kalian berdua. Anas kasihkan ibu . Anas kasihkan papa.Anas tidak boleh berjauhan dari ibu dan papa . Ya Allah , moga-moga ini semua hanyalah mainan tidurku.Aku tidak terdaya untuk menerima hakikat ini" , keluhan hatinya.Lalu Anas dibawa ke ruang menunggu di bilik pembedahan.Selang beberapa jam,jururawat lelaki sedang mengusung jenazah ibu dan papa untuk menyerahkan kepada keluarganya untuk menguruskan jenazah tersebut.Aku kini berada di sisi ibu dan papaku.Aku membuka kain penutup jasad ibu  dengan perlahan-lahan dengan tangan menggigil.Maha Suci Allah ,wajah ibu kian aku tidak kenali.Banyak jahitan di kepalanya malah raut wajahnya yang ayu kini berubah.Aku berharap ini bukan ibuku,namun aku tidak mampu mengubah takdir. "Anas sayangkan ibu,kenapa ibu pergi? Ibu tidak sayangkan Anas lagikah?Jika ibu dan papa tiada , siapa yang mahu jadi pembakar semangat Anas? Mengapa kalian pergi?!" , keluhan Anas. Anas mengeluarkan slip keputusan PBSMR dari sakunya, "Ibu , papa , lihat , inikan yang kalian mahukan ? Ibu , bangunlah bu bangunlah " . Dia menggegarkan jenazah ibunya lalu Mak Ngah menarik Anas dengan linangan air mata.Anas ditenangkan oleh rakan-rakannya.Matanya tidak kering-kering dengan air matanya.Kondusi badannya semakin lemah dan doktor menyarankannya untuk dibawa pulang untuk berehat.


     Seterusnya,jenazah Puan Fatimah Sue dan Encik Johan Eismael dibawa pulang .Jenazahnya akan diuruskan oleh kaum keluarga dan jiran tetangga.Tiba-tiba,Anas tersadar dari tidurnya."Tunggu dulu ! Anas mahu menuruskan jenazah papa dan ibu",tegasnya .Namun,mak ngah tidak membenarkannya."Tiada siapa yang dapat memisahkan kasih sayang Anas terhadap ibu dan papa" , tegasnya lagi.Setelah jenazah ibu dan papanya dimandikan,dikafankan dan disolatkan,kini jenazah tersebut dibawa ke tanah perkuburan Bukit Alif.Setibanya di sana,liang lahad yang berada bersebelah-sebelahan sudah siap digali.Arwah ibu dan papa Anas selesai dikebumikan.Bacaan talkin yang sayup merdu dibaca oleh Tok Imam membuatkan suasana seperti berada di musim luruh.Anas masih lagi tidak dapat menahan air matanya dari mengalir sambil duduk di anatara pusara kedua-dua orang tuanya.Selepas itu,bilangan orang ramai kian berkurangan selepas segala urusan telah disenggarakan.Anas masih berada di pusara ibu dan papanya."Ibu , papa , terima kasih atas segala didikan,kemewahan yang ibu dan papa berikan.Terima kasih atas kasih sayang yang ibu dan papa curahkan selama Anas berada dalam jagaan kalian.Anas tahu,ibu dan papa bangga mendapat anak seperti Anas.Anas juga turut bangga mendapat ibu bapa seperti kalian. Ibu , papa , Anas sayangkan kalian.Moga ibu dan papa tenang di sana.'Sei sei and thank you for wonderful 15 years' . Ibu , papa , Anas pulang dahulu ya. Assalammualaikum" Bacaan Al fatihah mengakhiri kata-katanya.Air matanya kian menitis perlahan.Tiupan angin sepoi-sepoi  bahasa bagai menusuk tulang sum-sumnya.Dia sempat mencium nisan batu yang menjadi tugu pusara ibu bapanya lalu berdoa .



"Ya Allah,tempatkanlah ibu dan bapaku bersama orang-orang yang beriman.Jauhilah mereka daripada seksaan alam barzakh.Luaskanlah kubur mereka seperti mana Engkau meluaskan kubur kekasihMu ,Nabi Muhammad .Terangilah kubur mereka seperti mana Engkau menerangi bumi ini.Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku di waktu aku kecil.Hubungkan mereka dengan talimu.Ya Allah,sesungguhnya, aku sangat menyayangi mereka.Amin" . 


-Muhammad Hasni Bin Rosli-
-4 Taat-

No comments:

Post a Comment